Assalamualaikum
15.4.2015 hari yang paling menakutkan ! Kenapa ? Mungkin korang yang dah ada pengalaman akan cakap , " alah relax la bukan kau sorang je dapat " but to me , yea to me yang pertama kali dalam hidup sejak umur 23 tahun nieh, nie lah pestime dapat exam untuk SPA bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN. So dia punya feels tu akan jadi JAKUN sikit ! hahahaha
Sejak habis SPM sampai lah dah grade , ini la pengalaman pertama dapat good news dari SPA walaupun korang dah keje pun dengan gomen. But to me , yang sedang mencari kerja tetap ini adalah satu nikmat paling AWESOME dalam hidup. Tidak berharap lebih cuma berdoa di permudahkan urusan saje . amin
Back to the basic , I nak story pasal exam nie ! Macam mane dia punya soalan dan apa yang korang perlu buat sebelum exam. Kalau korang google , rasa nye takde kot yang akan story pasal nie atau mungkin ia nya rahsia ? Yang ada hanya orang jual e-book pasal exam nie hah ! Macam tau-tau je akan ada exam bagi kan. Kalau korang berduit so boleh lah beli tapi to me yang nak hado kerja pakison ketaq-ketaq kot nak keluar duit ! HAHAHA
Exam nie ada 3 bahagian , iaitu A , B & C . Okey meh nak explain setiap satu dulu k harap korang yang bakal bakal exam nie dapat la basic pasal exam SPA nie. Tapi nak remind sikit , mungkin exam untuk jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27 adalah berbeza dari exam jawatan lain hokeh ? So mungkin dia punya soalan/cara dan sebagai nya adalah berbeza.
1. Seksyen A : PENGETAHUAN AM
Untuk bahagian A nie , dia punya soalan lebih kurang macam pengajian am. Siapa pernah amik F.6/dip mesti ada belajar pasal PA nie. So mungkin uols akan tahu pasal kenegaraan/undang-undang dan sebagainya. Seksyen A nie jugak ada serba sedikit pasal Jabatan/Kementerian berkaitan jawatan yang uols exam tu. Jadi uols kena tahu misi/visi Jabatan/Kementerian tersebut serta aktiviti-aktiviti yang di lakukan termasuk lah info-info penting pasal Jabatan/Kementerian tersebut. Soalan dalam seksyen A nie ada 40 dan masa menjawab ialah 30 minit sahaja. So rajin-rajin lah membaca supaya takde masalah nanti.
2. Seksyen B : MATEMATIK
Nie bahagian paling membunuh ! Rasa nak mati tergolek-golek depan laptop sebab ia berkaitan dengan MATH. fuhhhhhhh ! Tak tau nak explain macam mana sebab dia punya soalan banyak menguji tahap IQ korang. So kena pandai sendiri lah menjawab. HAHAHAHAHA ! Seksyen nie ada 30 soalan dalam masa 30 minit sahaja.
3. Seksyen C : PERSONALITI
Hah , nie bahagian paling AWESOME ! Senang nak mampos. Tak perlu nak belajar bagai semudah 1 2 dan 3 siap. Cuma perlu jawab YA @ TIDAK . Senang kan ? Seksyen nie ada 102 soalan dalam masa 20 minit sahaja . Alah senang sangat , so untuk bahagian nie boleh bagi 5 bintang.
Nie saje lah yang dapat di share , kalau uols tanya bentuk soalan maaf la yea takde masa nak snap or print skrin laptop untuk save soalan. HAHAHAHAHA . Apa yang perlu ialah belajar la sendikit sebanyak pasal benda yang korang akan exam tu yang kat atas nie cuma nak bagi info pasal exam je. Supaya nanti uols dah ready so takde lah kes mati mengejut tengok soalan kan ? goodluck
20/4 nie result keluar so , SEMOGA LULUS DENGAN JAYA NYA ! AMIN YA RABB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan