Isnin, 20 April 2015

KECEWA NYA TUH DI SINI DI DALAM HATI KU

Assalamualaikum 


20.4.2015 hari untuk patah semangat + kecewa + putus asa untuk orang macam aku. Y.E.S memang aku 100% give up with my life. Bukan nak lawan takdir, but to me aku rasa something wrong with my REZEKI. Nak kata aku result masa study tak bagus, aku siap dapat 4 plat lagi. Dapat A+ dalam exam termasuk final exam aku sapu bersih CGPA & GPA : 4.00. 

Adakah CGPA dan GPA aku terlalu besar untuk aku dapat kerja ? Jujur sejujurnya dari dasar hati aku, aku kecewa hokeh sebab aku dah mintak kerja online/offline sampai kena kejar anjing/jatuh tersungkur sebab b'lari takut anjing gigit aku dan aku dah usaha macam-macam. 

If ada orang kata tempat dot dot ada vacancy aku sanggup pergi tempat tue hantar resume, jumpa orang atasan mintak tolong aku nak kerja, kerani pun takpa janji ada kerja so aku ada duit poket. Sampai bila aku nak duduk rumah ? Makan tidur ? Habis duit mak pak aku ? Sampai bila aku nak cari kerja ? Dan bila kerja nak datang dekat aku ? 3 tahun aku duduk rumah tanam anggur bina lemak sana sini after finish my study ? 

Sudah nya, takda satu pun dari beratus-ratus resume aku hantar panggil aku untuk interview. Aku tak pernah dapat panggilan interview sejak aku habis study dan bergraduate. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain, cuma ada SPM/STPM tapi dah dapat kerja gomen/bank/kerani kat company-company tapi aku yang ada kelulusan takda langsung REZEKI. 

Cakap pasal rezeki kan, aku pernah buat entry pasal aku dapat exam untuk SPA 15.4.2015 kan ? So today result keluar but the end, AKU GAGAL ! GAGAL ! GAGAL ! Sedangkan tue first time dalam hidup aku exam untuk SPA. Baru semangat nak apply kerja dan yakin ada rezeki, but at the end aku gagal dan aku kecewa. 


Sebelum exam , aku punya lah study semangat siang malam tidur pun lewat dan bagun awal semata-mata nak cari info pasal jawatan yang aku exam on that day but bila result keluar, aku hilang semangat dan aku rasa memang nasib aku MALANG.


Aku cuma nak kerja, so aku tak perlu bebankan mak pak aku then sampai bila aku hidup dengan makian orang pasal aku takda kerja. Tapi kenapa susah sangat untuk aku dapat kerja padahal result aku semua okey atau aku yang apply guna result tertinggi atau CGPA@GPA aku terlalu besar ?

Aku bukan nak lawan takdir, bukan nak mengeluh pasal " rezeki " sebab aku tahu rezeki/jodoh/ajal maut semua tuhan dan tetapkan tapi aku rasa ada something wrong dengan rezeki aku. Rezeki aku lambat mungkin aku tak cukup bagus untuk dapat kerja gomen ? Atau aku terlalu leka dengan dunia sampai aku lupa tuhan ? 

Cuma aku rasa tak adil , normal lah bagi orang yang takda kerja macam aku. Sedangkan kawan aku yang ada SPM dah kerja tetap , gomen lagi. Tak perlu habis duit mak pak belajar tinggi , habis SPM apply SPA then dapat walaupun result ada yang cukup-cukup makan. ( KAWAN AKU SPM MATH GAGAL , TAPI DAPAT KERJA GOMEN DEKAT K.KEWANGAN DI PUTRAJAYA ) So haruskan zaman aku SPM aku gagal semua subjek dan apply SPA ? 


Kadang aku rasa life aku tak adil. Kadang aku rasa rezeki aku tak berkat sebab tue lambat. So, today aku decide aku malas nak APPLY KERJA SPA/jobstreets/jobmalaysia dan seangkatan dengan nya. Aku totally give up nak mencari kerja. Biar lah orang nak maki aku, dah takda rezeki kan ? 3 tahun aku mintak satu pun tak pernah dapat so aku memang 100% dah give up so aku tunggu masa nak kawen. Mungkin rezeki aku lepas kawen ? Siapa tahu kan ? 


** entry untuk luah perasaan , tidak ada kaitan dengan yang mati @ hidup dan tidak anda unsur tidak percaya tuhan @ ALLAH , sesungguhnya aku hanya manusia yang punya perasaan dan aku si pendosa tanpa noktah **


TERIMA KASIH 



Tiada ulasan: