Isnin, 20 April 2015

KECEWA NYA TUH DI SINI DI DALAM HATI KU

Assalamualaikum 


20.4.2015 hari untuk patah semangat + kecewa + putus asa untuk orang macam aku. Y.E.S memang aku 100% give up with my life. Bukan nak lawan takdir, but to me aku rasa something wrong with my REZEKI. Nak kata aku result masa study tak bagus, aku siap dapat 4 plat lagi. Dapat A+ dalam exam termasuk final exam aku sapu bersih CGPA & GPA : 4.00. 

Adakah CGPA dan GPA aku terlalu besar untuk aku dapat kerja ? Jujur sejujurnya dari dasar hati aku, aku kecewa hokeh sebab aku dah mintak kerja online/offline sampai kena kejar anjing/jatuh tersungkur sebab b'lari takut anjing gigit aku dan aku dah usaha macam-macam. 

If ada orang kata tempat dot dot ada vacancy aku sanggup pergi tempat tue hantar resume, jumpa orang atasan mintak tolong aku nak kerja, kerani pun takpa janji ada kerja so aku ada duit poket. Sampai bila aku nak duduk rumah ? Makan tidur ? Habis duit mak pak aku ? Sampai bila aku nak cari kerja ? Dan bila kerja nak datang dekat aku ? 3 tahun aku duduk rumah tanam anggur bina lemak sana sini after finish my study ? 

Sudah nya, takda satu pun dari beratus-ratus resume aku hantar panggil aku untuk interview. Aku tak pernah dapat panggilan interview sejak aku habis study dan bergraduate. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain, cuma ada SPM/STPM tapi dah dapat kerja gomen/bank/kerani kat company-company tapi aku yang ada kelulusan takda langsung REZEKI. 

Cakap pasal rezeki kan, aku pernah buat entry pasal aku dapat exam untuk SPA 15.4.2015 kan ? So today result keluar but the end, AKU GAGAL ! GAGAL ! GAGAL ! Sedangkan tue first time dalam hidup aku exam untuk SPA. Baru semangat nak apply kerja dan yakin ada rezeki, but at the end aku gagal dan aku kecewa. 


Sebelum exam , aku punya lah study semangat siang malam tidur pun lewat dan bagun awal semata-mata nak cari info pasal jawatan yang aku exam on that day but bila result keluar, aku hilang semangat dan aku rasa memang nasib aku MALANG.


Aku cuma nak kerja, so aku tak perlu bebankan mak pak aku then sampai bila aku hidup dengan makian orang pasal aku takda kerja. Tapi kenapa susah sangat untuk aku dapat kerja padahal result aku semua okey atau aku yang apply guna result tertinggi atau CGPA@GPA aku terlalu besar ?

Aku bukan nak lawan takdir, bukan nak mengeluh pasal " rezeki " sebab aku tahu rezeki/jodoh/ajal maut semua tuhan dan tetapkan tapi aku rasa ada something wrong dengan rezeki aku. Rezeki aku lambat mungkin aku tak cukup bagus untuk dapat kerja gomen ? Atau aku terlalu leka dengan dunia sampai aku lupa tuhan ? 

Cuma aku rasa tak adil , normal lah bagi orang yang takda kerja macam aku. Sedangkan kawan aku yang ada SPM dah kerja tetap , gomen lagi. Tak perlu habis duit mak pak belajar tinggi , habis SPM apply SPA then dapat walaupun result ada yang cukup-cukup makan. ( KAWAN AKU SPM MATH GAGAL , TAPI DAPAT KERJA GOMEN DEKAT K.KEWANGAN DI PUTRAJAYA ) So haruskan zaman aku SPM aku gagal semua subjek dan apply SPA ? 


Kadang aku rasa life aku tak adil. Kadang aku rasa rezeki aku tak berkat sebab tue lambat. So, today aku decide aku malas nak APPLY KERJA SPA/jobstreets/jobmalaysia dan seangkatan dengan nya. Aku totally give up nak mencari kerja. Biar lah orang nak maki aku, dah takda rezeki kan ? 3 tahun aku mintak satu pun tak pernah dapat so aku memang 100% dah give up so aku tunggu masa nak kawen. Mungkin rezeki aku lepas kawen ? Siapa tahu kan ? 


** entry untuk luah perasaan , tidak ada kaitan dengan yang mati @ hidup dan tidak anda unsur tidak percaya tuhan @ ALLAH , sesungguhnya aku hanya manusia yang punya perasaan dan aku si pendosa tanpa noktah **


TERIMA KASIH 



Jumaat, 17 April 2015

CABARAN 30 HARI TANPA NASI


Assalamualaikum 


30 hari tanpa nasik terasa macam 300 juta tahun. Sebab mana boleh hidup tak makan nasik kan ? gastrik WAJIB datang kalau perut jenis kebuluq macm aku. Pastu menu lauk pauk  yang kat kedai, kat rumah ( mak masak ) dia punya tahap kesedapan tue naik 200% walaupun menu tue hari sebelum diet lagi kau dah melantak tapi tetap jugak rasa sedap.Paling sedap dapat makan telur goreng + nasik panas + kicap cukup buat nak tambah nasik 10 kali. Macam mana nak diet 30 hari tanpa nasik kan ? 

Exceli, takda plan pun nak start diet bagai nieh.Ia terjadi selepas terasa diri depan cermin tue hah dah semakin membulat besar je. HAHAHAHA ! Pastu kan , nak attend wedding sepupu lagi sure lah kau nak pakai baju cecantik kan ? Waktu tue pulak tengah trending la jenis kebaya komono tue pastu trend pulak orang pakai dress macam jubah-jubah tue hah. Tak kan kau nak tengok je ? Pastu ade lah mulut puaka dok kata KAU GEMOK KAU GEMOK, hello gemuk tue AWESOME k.

So, I uols cuba la diet secara atkins. Sangat best diet nie boleh uols cuba but to me yang ada gastrik + kalau tak makan nasik seharai atau makan lewat sure akan muntah angin. Jadi I tukaq la cara dia tapi tetap tak amik nasik/roti/mee dan sebagai nya selagi dia ada CRAB. * kan diet atkins nie tak boleh makan CRAB lebih dari 20 gram kan ?  *

Kalau tak makan nasik saja, Kau diet la macam mana pun kalau takde workout tetap lemak-lemak tepu takkan keluar punya so nak berjaya kena ada workout setiap hari paling sikit pun 30 minit sehari. Baru berjaya kan ? 

Jadi selama 30 hari tue I langsung tak amik nasik.ALHAMDULILLAH berjaya kawal nafsu jugak akhirnya. Selain kawal nafsu makan, Air suam jugak kena minum banyak sekurangnya minum lah 2 @ 3 liter. Tapi ada jugak pakar slim dot dot kata badan kita tak boleh minum air lebih dari 3 liter sehari, min kena minum ialah dalam 1.5@2 liter sahaja yang nie termasuk lah air milo/kopi/sup & apa-apa sahaja yang ada kuah @ minuman yang korang minum sepanjang hari tue.

I'm not sure about this. But to me , I minum sehari cuma 2 liter sahaja air suam tue sebab sepanjang I amalkan diet nie I langsung tak minum milo/kopi/teh termasukkan sup-sup semua nie. So rasa nye takde masalah kot. Kalau nak kepastian kena tanya pakar K. 

Baik untuk menu pulak, setiap hari I akan makan telur/ayam/daging/sayuran hijau sahaja. Takde udang/sotong sebab alergic. Cara memasak pulak hampir setiap hari sama je kalau tak rebus goreng bakar.


SARAPAN PAGI : 7-8 PAGI 

( TELUR GORENG/REBUS/HALF BOIL ) ini ialah menu wajib setiap pagi. BOSAN ? memang bosan sampai rasa muak pun ade tapi sebab semangat tue kuat redah je. HAHAHAHA.... 


TENGAH HARI : 11-12 TENGAH HARI


( AYAM/TELUR/DAGING/SAYUR ) okey untuk lunch biasa I akan makan ayam goreng ( paberet hokeh ) dalam 3 @ 4 ketul, pastu sayur seikat untuk setiap hari pastu telur ( kalau rasa lapar ). Cara masak senang je kalau malas nak masak sedap-sedap kan, goreng je mudah sangat pastu makan lah sekor sehari pun takde hal. Takkan gemuk punya.


MINUM PETANG : 3-4 PETANG 


Okey untuk minum petang, kadang-kadang kalau lapar je I akan makan. Tue pun I akan makan bebola ayam @ daging homemade ( takde gula/takde crab ) resepi nanti lah. Untuk minum petang ia terpulang pada korang kalau jenis cepat lapar elok makan 3 @ 4 kali sehari tapi kalau jenis perut tue kecik kalau nak skip minum petang boleh je tapi lunch kena makan banyak supaya badan tak lesu/penat.


MALAM : 6-7 MALAM 


Dinner pulak memang I akan makan tapi dalam kuantiti yang sikit. Kadang akan masak banyak waktu lunch so untuk dinner akan makan balik lauk yang waktu lunch tu so jimat dan tak perlu nak masak. Diet atkins nie elok kalau korang makan sedikit tapi kerap agar tak rasa lapar dan bila lapar sure punya korang akan give up pastu cari nasik kan ? 



Sila faham betul-betul diet nie, exceli diet nie akan ajar korang semua kurangkan makan CRAB. Dan kalau korang nak jugak makan crab sila jangan makan nasik/mee/roti tapi korang boleh makan apa saja yang ada crab, make sure tak lebih dari 20 gram sebab nye diet atkins nie korang kena hadkan jumlah crab hanya sebanyak 20 gram sehari sahaja. Tak boleh lebih yea. 

Untuk minggu pertama dan kedua nie, kalau boleh sila jangan amik fastfood macam kfc/mcd/pizza sebab jumlah crab dia tinggi. Tapi kalau korang jenis tak tahan nafsu dan nak jugak makan, makan la ayam tue tapi kulit jangan pastu burger mcd tu makan daging saja dan kalau rasa nak makan pizza sila makan topping sahaja. Kalau berat korang tak turun, SALAHKAN DIRI SENDIRI.


Sila buat menu diet macam tue selama sebulan, kenapa sebulan ? kenapa tak 2 minggu macam yang atkins buat ? Berat sesorang individu berbeza dan tak semua kaedah diet tue sesuai untuk tubuh badan korang. Jadi kalau nak nampak hasil, kena lah buat bagi berat korang turun sehingga badan korang terasa ringan maksud nye sehingga berat korang dah stabil.

Contoh la, berat korang 70KG pastu BMI korang over weight dahtu kalau korang buat dalam masa 2 minggu mustahil tak nak hilang 10KG ? Rasa nye korang dapat tak ? mesti tak kan. Jadi target dalam 2 minggu tu turun 2@3KG dah cukup. Jadi kalau sebulan ? Korang dah hilang dalam 4@6 KG. Banyak kan ? Best kan ? 


Bila dah turun banyak tu, buat lagi sampai korang punya berat dah stabil. Contoh korang target 50KG  so korang kena buangkan 20kg tu dulu pastu bila dah stabil ke 50kg baru lah korang ubah diet korang dan perlu guna cara lain agar berat korang kekal. PAHAM TAK ? 


Kalau korang buat 2 minggu pastu turun 1KG, JANGAN GIVE UP ! Aku hentak kepala korang dengan lesung batu kang. Tanya diri korang ade workout tak ? makan tu betul tak ? ade tak makan gula/kicap/sos bagai ? sebab diet atkins nie korang tak boleh makan semua tue. 


Nak lebih detail korang boleh rujuk link nie : ATKINS atau google je pasal atkins banyak kat google . Pastu tolong jangan lupa workout kalau korang nie full time house wife atau budak yang takde keje nak buat, boleh workout waktu pagi selama 30 minit pastu petang 30 minit. 


Tapi kalau korang takde masa langsung walaupun 10 minit, memang akan lambat proses bakar lemak tue sebab umur lemak dalam badan nie dah tua so kena workout lebih kalau nak kurus. Kalau susah sangat kan lagi kalau korang jenis wanita bekerjaya, workout je dalam bilik air but make sure uols bangun awal sejam sebelum alarm korang berbunyi. Takut korang sibuk workout dalam tue kan pastu terlambat turun kerja. HAHAHAHA

Kalau korang nak tau workout tue ape kebenda, sila google. HAHAHAHA ! Sofar selama sebulan nie diet tanpa nasik I dah berjaya buang 7KG lemak. yeayyyyy. Best sangat bila orang cakap awat kuruih ? HAHAHAHAHAHAHA ..... Dahtu baju semua longgar, sana sini rasa slim je. Sampai makcik tailor cakap ukuran badan I yang lama dengan yang baru tak sama. * panggggggggggg sebijik kat pipi * OVER

Exceli, diet nie akan jadi mudah kalau korang jenis bersemangat dan bukan nye hangat-hangat TAIK AYAM. Bagi I uols , diet nie akan di teruskan dalam hidup untuk bulan bulan akan datang supaya raya nanti dapat lah mak pakai baju kebaya pastue selpic banyak-banyak kan ? takde lah orang akan kutuk aku gemok walaupun gemuk tu AWESOME. 

Kalau korang rasa terseksa dengan diet nie, korang cuba la dulu selama 1 @ 2 hari bila perut dan badan korang dah serasi boleh teruskan. Okey nanti I story lagi pasal diet nie untuk bulan-bulan akan datang, nak start balik pada 20/4 nie so tunggu result dia sebulan kemudian K. 


APA PERASAAN KORANG KALAU DAPAT BOYPERANG JENIS MALU BILA DAPAT AWEKS YANG GEMUK ??????????????? 



TERIMA KASIH 

Khamis, 16 April 2015

KE LANGKAWI BERSAMA NORA DANISH

Assalamualaikum 


Langkawi sangat best dan AWESOME. Sekali datang mesti nak datang berkali-kali. Untung sangat kalau jadi orang langkawi kan, kereta murah , coklat banyak , makanan sedap-sedap sangat , ya ALLAH best nya.

Lagi satu yang best pasal langkawi nieh, setiap petang boleh duduk kat tepi pantai pastu korang tengok sunset takpun naik cruise tengok sunset pastu feels romantik sikit macam korang punya dunia nie. syok kan ? Lagi syok kalau korang dapat naik cruise pastu tetiba ada nora danish kat sebelah. Hah , best tak ? best kan...

Siapa tak nak bercuti dengan artis kan ? mak jemah tu pun tak dapat ! Korang nak tak bercuti bersama nora danish selama 3 hari 2 malam ke langkawi ? Tau tak produk safi tu ada buat peraduan tau , kalau menang boleh la korang bercuti dengan nora danish. 





Hah macam mane best kan ? Lagi best kalau menang sebab boleh ajak BFF/SUAMI/EMAK/KAKAK/ADIK untuk pergi dengan korang.Siap boleh naik cruise lagi.Cara nak sertai pun senang je. 






Korang cuma perlu susun je kelima-lima produk safi gold nie mengikut urutan yang betul.Kalau korang pengguna tegar mesti lah korang tahu jawapan kan ? Pastu ikut step seterus nya dan tunggu keputusan sama ada korang menang atau tak. Mudahkan ? 


Safi nie best sangat sebab ada macam-macam jenis produk dari produk muka sampai ke rambut.Sebut je nak apa yang penting produk nie HALAL.Meh nak tunjuk sikit produk safi nie kot korang tak kenal kan ? 




Nie safi rania gold.Boleh guna seawal umur 25 tahun.



Nie safi daimond


Kalau korang ada masalah rambut, boleh cuba shampo dari safi. Best tau wangi je , sebab I guna yang botol hijau tu bila lepas shampo rambut rasa segar je sepanjang hari walaupun bertudung berjam jam rambut korang still tak berbau busuk. BEST SANGAT !!!! 




Nie pulak produk shampo dari safi, BEST SANGAT !!!! 



Korang sila lah cuba peraduan tu yea, kot rezeki korang ! Kalau tak menang hadiah utama uols masih lagi boleh menang hadiah saguhati tau dari pihak SAFI nie. Tarikh tamat peraduan ialah pada 30.4.2015 jadi kena cepat. Nak lagi cepat sila ke link nie : KLIK SINI


Terima kasih

Rabu, 15 April 2015

EXAM SPA ( PERTAMA KALI DALAM HIDUP )

                                                 Assalamualaikum 


15.4.2015 hari yang paling menakutkan ! Kenapa ? Mungkin korang yang dah ada pengalaman akan cakap , " alah relax la bukan kau sorang je dapat " but to me , yea to me yang pertama kali dalam hidup sejak umur 23 tahun nieh, nie lah pestime dapat exam untuk SPA bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN. So dia punya feels tu akan jadi JAKUN sikit ! hahahaha


Sejak habis SPM sampai lah dah grade , ini la pengalaman pertama dapat good news dari SPA walaupun korang dah keje pun dengan gomen. But to me , yang sedang mencari kerja tetap ini adalah satu nikmat paling AWESOME dalam hidup. Tidak berharap lebih cuma berdoa di permudahkan urusan saje . amin


Back to the basic , I nak story pasal exam nie ! Macam mane dia punya soalan dan apa yang korang perlu buat sebelum exam. Kalau korang google , rasa nye takde kot yang akan story pasal nie atau mungkin ia nya rahsia ? Yang ada hanya orang jual e-book pasal exam nie hah ! Macam tau-tau je akan ada exam bagi kan. Kalau korang berduit so boleh lah beli tapi to me yang nak hado kerja pakison ketaq-ketaq kot nak keluar duit ! HAHAHA


Exam nie ada 3 bahagian , iaitu A , B & C . Okey meh nak explain setiap satu dulu k harap korang yang bakal bakal exam nie dapat la basic pasal exam SPA nie. Tapi nak remind sikit , mungkin exam untuk jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27 adalah berbeza dari exam jawatan lain hokeh ? So mungkin dia punya soalan/cara dan sebagai nya adalah berbeza. 


1. Seksyen A : PENGETAHUAN AM 


Untuk bahagian A nie , dia punya soalan lebih kurang macam pengajian am. Siapa pernah amik F.6/dip mesti ada belajar pasal PA nie. So mungkin uols akan tahu pasal kenegaraan/undang-undang dan sebagainya. Seksyen A nie jugak ada serba sedikit pasal Jabatan/Kementerian berkaitan jawatan yang uols exam tu. Jadi uols kena tahu misi/visi Jabatan/Kementerian tersebut serta aktiviti-aktiviti yang di lakukan termasuk lah info-info penting pasal Jabatan/Kementerian tersebut. Soalan dalam seksyen A nie ada 40 dan masa menjawab ialah 30 minit sahaja. So rajin-rajin lah membaca supaya takde masalah nanti. 



2. Seksyen B : MATEMATIK 


Nie bahagian paling membunuh ! Rasa nak mati tergolek-golek depan laptop sebab ia berkaitan dengan MATH. fuhhhhhhh ! Tak tau nak explain macam mana sebab dia punya soalan banyak menguji tahap IQ korang. So kena pandai sendiri lah menjawab. HAHAHAHAHA ! Seksyen nie ada 30 soalan dalam masa 30 minit sahaja. 



3. Seksyen C : PERSONALITI


Hah , nie bahagian paling AWESOME ! Senang nak mampos. Tak perlu nak belajar bagai semudah 1 2 dan 3 siap. Cuma perlu jawab YA @ TIDAK . Senang kan ? Seksyen nie ada 102 soalan dalam masa 20 minit sahaja . Alah senang sangat , so untuk bahagian nie boleh bagi 5 bintang. 



Nie saje lah yang dapat di share , kalau uols tanya bentuk soalan maaf la yea takde masa nak snap or print skrin laptop untuk save soalan. HAHAHAHAHA . Apa yang perlu ialah belajar la sendikit sebanyak pasal benda yang korang akan exam tu yang kat atas nie cuma nak bagi info pasal exam je. Supaya nanti uols dah ready so takde lah kes mati mengejut tengok soalan kan ? goodluck 


20/4 nie result keluar so , SEMOGA LULUS DENGAN JAYA NYA ! AMIN YA RABB